Thursday, January 30, 2014

Gambar seksi Rozita Che Wan pakai skirt pendek paras paha


Gambar seksi Rozita Che Wan pakai skirt pendek - Genap sebulan bergelar isteri kepada pelakon Zain Saidin, pengacara rancangan Primanoda, Rozita Che Wan semakin berani tampil dengan lebih seksi berbanding sebelum ini.

Sekeping gambar beliau yang hanya memakai skirt pendek paras paha telah dikongsikan kepada peminat di akaun Instagram miliknya beberapa jam lepas. Jelas, Rozita semakin cantik dan menawan. Dia memang pandai menjaga kecantikan diri.

Baru-baru ini, Rozita, suami dan rombongan peminat telah mengambil peluang untuk bercuti di Bali, Indonesia. Percutian itu dilihat santai dan menyeronokkan kerana kedua-dua selebriti terkenal itu dapat beramah mesra secara dekat dengan sebahagian peminat. Jom layan dua keping gambar percutian mereka di bawah.



Jom Lihat Sejata Buatan Tangan Pejuang Syria

Konflik di Syria adalah perang saudara yang seolah-olah tidak berkesudahan. Beberapa kumpulan pejuang di seluruh negara. Para pepejuang menggunakan senjata perang yang dibina dari rumah , pelancar roket terhadap pesawat tentera, meriam dan kereta kebal. Membina senjata anti-pesawat, kereta perisai dibuat dalam bengkel-bengkel kecil, bahan letupan buatan tangan, bom tangan yang  dilontarkan dengan menggunakan lastik besar.

Lihat gambar di bawah.



































- dairishare Blogspot

Pelajar Dicekup Lakukan Seks Dalam Tandas Sekolah

Kegiatan tidak bermoral sepasang kekasih yang juga pelajar tingkatan dua sekolah menengah di Tenom yang melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah, terbongkar apabila perbuatan mereka disedari guru disiplin sekolah terbabit, kelmarin.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 10.30 pagi, pelajar masing-masing berusia 14 tahun ditahan ketika berada dalam keadaan tidak terurus di dalam tandas sekolah berkenaan oleh guru disiplin yang kebetulan menyedari perbuatan mereka.
Menurut sumber, kejadian berlaku ketika waktu rehat apabila pelajar lelaki itu memanggil teman wanitanya ke tandas untuk melakukan hubungan seks.
“Secara kebetulan guru disiplin sekolah terbabit yang melakukan rondaan melakukan pemeriksaan di tandas berkenaan sebelum menemui pasangan pelajar itu.
“Hasil soal siasat, pelajar lelaki mengaku baru selesai melakukan seks dengan pelajar perempuan dan memaklumkan ia kali ketiga mereka melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah berkenaan,” katanya.
Sumber berkata, pihak sekolah kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapa pelajar perempuan sebelum membuat laporan polis.
“Suspek ditahan dan ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Mazlan Lazim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.
Harian Metro difahamkan, tandas lelaki di tingkat tiga sekolah berkenaan jarang digunakan pelajar.
- Metro Harian 

Pelacur 16 Tahun Bagi ‘Diskaun’ Kalau Pelanggan Pelajar Sekolah

Seorang remaja berusia 16 tahun, di Kulim, sudah melakukan kegiatan pelacuran sejak berusia 14 tahun setelah diperkosa beberapa kali oleh teman lelakinya.
Remaja berkenaan yang ditahan polis dalam rondaan cegah jenayah mengakui, gemar melakukan aktiviti tidak bermoral itu dengan mengenakan bayaran antara RM50 hingga RM80.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian, remaja bawah umur yang berpeleseran di pekan Kulim ditahan kira-kira jam 3.30 pagi semalam ketika sedang menunggang motosikal jenis Honda EX5.
“Remaja ini menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan bagaimanapun apabila ditahan, polis mendapati dia pernah ditahan polis beberapa kali sebelum ini kerana berpeleseran,” katanya.
Sinar Harian kemudiannya mendekati remaja terbabit dan bertanya sama ada masih bersekolah atau sebaliknya.
Remaja ini kemudiannya menyatakan dia tidak ke sekolah kerana tidak berminat dalam pelajaran.
Menurutnya, dia tinggal bersama beberapa rakan lain dan melakukan kegiatan pelacuran untuk menampung perbelanjaan.
“Ada kalanya saya tinggal di rumah rakan lelaki sehingga beberapa hari. Sepanjang bersama mereka saya akan diberikan makanan dan tempat tidur.
“Sebelum ini saya pernah bekerja di Pulau Pinang bagaimanapun berhenti kerana jauh,” katanya.
Ditanya mengenai pelanggannya, remaja ini menjelaskan kebanyakan pelanggannya terdiri daripada mat motor.
“Mereka akan membawa saya balik ke rumah untuk melakukan hubungan seks.
“Walaupun terpaksa melayani beberapa lelaki dalam satu masa, saya tetap melakukannya kerana suka dengan layanan ketika melakukan hubungan seks,” katanya.
Tambahnya, pelajar sekolah juga ada menggunakan khidmat seks daripadanya dan bayaran yang dikenakan lebih murah berbanding pelanggan yang sudah bekerja.
Menurutnya, sehingga kini tidak ada mana-mana pihak yang pernah menahannya kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran kerana ia dilakukan secara senyap.
Katanya, dia senang melakukan kegiatan itu kerana mudah mendapatkan wang.
- Wow Berita Org

Foto: Hidangan 'telanjang' dalam penerbangan MAS


SIAPA yang tak kenal chef selebriti terkemuka Malaysia, Chef Wan? haa.. ni BF nak bagitau korang semua...

Bukan sahaja ‘otai’ dalam bidang masakan, malah namanya sudah berdiri setanding dengan chef-chef terkemuka antarabangsa.

Baru-baru ini, Chef Wan yang menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, Thailand meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat milik Malaysia Airlines (MAS).

Menggelarnya sebagai ‘telanjang’, dia kesal kerana menu tersebut kelihatan tidak sempurna tanpa timun, kacang dan ikan bilis.

Menerusi gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, nasi lemak tersebut hanya dihidangkan bersama sambal dan telur rebus sahaja.

Baginya, ia secara tidak langsung memberi gambaran negatif pada orang luar yang tidak pernah melihat nasi lemak yang sebenar sebelum ini.


Berikut merupakan ‘caption’ penuh yang ditulisnya:
“I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. This Sad looking Nasi Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan..The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilis nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini. Kita orang Malaysia sudah pasti la tahu akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey….what about all that international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be. Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm ” Telanjang la” Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul? Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?”
Sejujurnya, penulis bersetuju dengan kata-kata Chef Wan itu. Setakat timun dan ikan bilis, berapa sangatlah jika dibandingkan dengan harga tiket yang sudah dibayar?

Lebih penting lagi, nasi lemak ni dah umpama makanan rasmi kita … janganlah hidang dalam keadaan yang menghilangkan seri dan imej masakan itu.

Sebelum ini, Chef Wan pernah menegur sebuah restoran di hotel lima bintang kerana menggunakan resepi yang kurang tepat untuk Laksa Nyonya.

Dia yang juga Duta Pelancongan Makanan Malaysia berkata, kesilapan resepi akan memberi imej buruk pada industri pelancongan di negara ini.

Ada baiknya pihak-pihak tersebut mengambil positif teguran Chef Wan itu. Tambah-tambah pula, tahun 2014 ialah Tahun Melawat Malaysia.

Kan dah kena... Jangan kerana nila setitik, rosak pula susu sebelanga… tak gitu?

- blogfavourate.blogspot 

Shila singkir Johan?

Shila Amzah, Johan,  

SEJAK bintang Juvana, meluahkan rasa cintanya terhadap pelakon seksi, Lana Nordin, sehingga kini nama pelakon ini masih menjadi bualan hangat.


Bermula dengan pendedahan mengenai cinta hatinya, kontroversi demi kontroversi ligat menghiasi perjalanan pelakon filem, Balada Pencinta ini.

Tidak menyangka pendedahan itu bakal melukakan hati teman tapi mesranya, Shila Amzah, akui Johan, Shila juga turut menyekatnya dari kesemua laman mikro milik penyanyi ini.

Walaupun sehingga kini, Shila masih belum memberi penjelasan kepada media mengenai perkara itu, timbul pula kontroversi baharu mengenai lagu barunya yang turut dikaitkan dengan Johan.

Menerusi muzik video, Masih Aku Cinta, Shila memilih Johan sebagai pelakon utama dan Isnin lalu, anak dara ND Lala ini mengepilkan ‘teaser’ lagu itu serta memberitahu video muzik itu bakal dimuat naik syarikat rakaman, Warner Music Malaysia, pada
malam berkenaan.

Namun, sehingga kini, muzik video itu masih belum dipertontonkan ke laman perkongsian, Youtube, malah 'teaser' yang ada turut dibuang secara tiba-tiba.

Ini menimbulkan tanda tanya buat pengikut laman sosial Shila Amzah dan tidak kurang juga yang menduga sesuatu termasuk muzik video ini telah ditarik balik.

Ada segelintir pihak membuat andaian bahawa muzik video ini bakal dibuat semula susulan konflik yang berlaku antara Johan dan Shila, baru-baru ini.

Pun begitu, wakil daripada Warner Music, tampil menafikan segala khabar angin berkenaan dan meminta masyarakat dan peminat tidak membuat spekulasi.

Menurut Anne, muzik video itu sepatutnya dipertontonkan pada malam Isnin lalu, namun, atas sebab masalah teknikal, ia terpaksa ditunda.

"Muzik video itu tidak akan ditarik semula atau dibuat semula. Kami akan mempertontonkan video itu pada hari Selasa sekiranya masalah teknikal itu dapat diatasi.

"Sebenarnya, usaha untuk memuat naik muzik video itu dilakukan sejak malam Isnin lagi. Namun, terdapat masalah sambungan yang melibatkan syarikat daripada Hong Kong.

"Jadi, terpaksa memakan sedikit masa. Yang pasti, muzik video itu masih asal dan sebelum ini kami tidak pernah memuat naik sebarang muzik video lagu itu," katanya ketika dihubungi Zass - Sinar Harian

Gambar Kereta Terjunam Dari Tingkat 4

Kota Kinabalu: Seorang lelaki parah apabila kereta Perodua Myvi yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh dinding konkrit sebelum terjatuh dari tingkat empat di Kompleks Asia City, kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi.










-Pin Busuk Org